Monday, January 30, 2012

acheh yang indah...








acheh..acheh..acheh..ada apa ya dengan acheh??? keinginan utk aku ke acheh dah lama kot.. sejak peristiwa tsunami, teringin bangat ke sana..lepas dengar cerita tentang kekuasaan ALLAH.. bagaimana semua bisa musnah..tapi masjid tetap teguh berdiri... itu lah yg menggamit aku untuk kesana.. ALHAMDULILLAH dengan izin-NYA.. dapat juga aku kesana.. kembara solo di bumi ALLAH yang telah memberikan pengalaman yg sgt berharga buat aku... just want to share some photo here..because through photo also can tell everything.. haha..

Monday, January 31, 2011

wonderful holiday....langkawi

ada apa dgn langkawi???? haha... sgt popular la kan langkawi ni... dulu i pernah la p. masa tu form 4. tp p utk kursus je.. x sempat la nak merasai apa yg best kt langkawi ni... dah umoq 25 tahun baru la dpt kesempatan pegi langkawi lagi... a very tq to my fren emi ngan liya atas planning anda yg turut melibatkan sy... we all p dgn flight (AIRASIA)... part yg paling best ialah island hoping dimana kami dapat jelajah penorama laut dan kehijauan sekeliling.. dapat tengok tasek dayang bunting, gunung yg bentuk mcm ibu mengandung tu, dpt p pulau helang  (of course la banyak helang), dapat mandi kt pulau beras basah. yg part mandi ni la yg paling i suka. kt sini juga i dpt belajaq sesuatu drpd sifu NINJA iaitu belajar floating (terapung ) dlm ayaq.. mula2 sgt ssh nak buat. tapi disebabkan rasa tercabar sbb kwn i yg agak lebih besaq dari i dpt buat x kan i  x dpt buat.. so slps beberapa kali mencuba akhirnya i berjaya... tahniah utk diri sendiri.. hehe.. ayaq kt pantai ni mmg jauh beza la dgn pantai2 kt feringghi... nak wat camne terpaksa la wat perbandingan ngan feringghi sbb familiar dgn feringghi ja.. pantai dia sgt bersih, color hijau kebiruan je...pasir dia sgt2 halus... yg penting x jmpa sampah pun masa mandi... sgt2 best tau...ok... tamat sudey part island hoping..
seterusnya part p shopping coklat plak... haha.... x byk pon i beli.. just utk kwn2, my TOK, ngan family jerr.. maklum la percutian bajet... we all p shuppin coklat kt pekan kuah kt kedai haji ismail kalau x silap... kenangan yg x boleh lupa kt sini ialah time my fren jatuh longkang kt sini.. cian dia... tp steady je dia... x terus gelabah ...siap dok lama2 lagi kt longkang tu bagi kaki betul2 ok.. tabik ar kt lu kwn... klau i mesti kelam kabut nak bgun x mau bg org nampak... hehe.. pastu time i plak kad bank kena telan kt CIMB bank kt pekan kuah... dah la time tu duit tggal bape je.. ada hikmah tu... spy i x over shuppin... hehe... 
seterusnya plak part naik cable car... murah je tambang dia.. just RM15 per person... mai aiii gayat gila kot... sgt2 tinggi...mmg muka cuak arr masa dlm cable car tu... tp very valuable experience... dari atas sana dpt nikmati pemandangan yg sgt2 indah dan cantik di langkawi... sejuk je kt atas tu....
dan last sekali the best moment ialah time balik... we all balik naik feri.. RM60 tambang... langkawi-penang. nasib badan kitorang dpt tempat first class sbb tempat yg ekonomi tu dh penuh... we all dapat la p dok belakang feri yg open air tu... sgt2 best and very relaxing there... apalagi mmg i gunakan peluang yg ada sgguh2 la.. dok kt belakang tu smbil hirup udara laut... hehe... 
here, i would to thank to my fren emi, liya, ninja n syida for the best vacation ( sgt skema kan ayat) hehe...sgt2 best trip ari tu... harap2 dpt p bercuti bersama lagi nnt :p 











Wednesday, January 12, 2011

sampah bukan sekadar sampah....

Setiap kali kita membuang sisa makanan yang berlebihan pernahkah terfikir bahawa kita sebenarnya telah membazirkan satu lagi sumber yang boleh memastikan bumi ini terus subur? Ada kemungkinan semasa membersihkan halaman rumah daripada daun-daun dan ranting kayu , pernahkah kita terfikir sejenak bukankan lebih baik diolah menjadi sesuatu yang boleh dipulangkan semula kepada alam. Atau semasa kita membelek sayur-sayuran yang hendak dibeli dipasar pernahkah kita terfikir yang kita sebenarnya boleh menanam sendiri sayur-sayuran tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga yang boleh memudaratkan kesihatan? Mungkin itulah antara perkara-perkara yang kita lalui setiap hari namun kita tidak berfikir sejenak untuk memutuskan sama ada aktiviti harian tersebut merupakan satu lagi sumbangan kita kepada kemusnahan bumi ini

Ada baiknya kita mengambil keputusan untuk memulakan kitar semula menjadikannya kompos sebagai usaha kecil untuk menyelamatkan bumi.

Secara umumnya, aktiviti kompos di Malaysia boleh dikatakan masih baru. Ini boleh dilihat dari sedikitnya bilangan mereka yang menceburi aktiviti ini dan kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum tentang kompos itu sendiri. Kebanyakan masyarakat kita lebih merelakan sisa-sisa makanan dibuang dan diangkut oleh kontraktor sisa pepejal dan kemudiannya ditimbun di pusat pembuangan sampah daripada mengolahkannya kembali menjadi kompos dan digunakan untuk aktiviti landskap dan taman-taman di kediaman. Banyak pihak sering mengutarakan rungutan dan bantahan tentang masalah pembuangan sampah namun kita sendiri lupa bahawa kita sendiri sebenarnya adalah penyumbang kepada masalah tersebut. Bukankah lebih baik masyarakat kita sama-sama memainkan peranan untuk mengitar semula sisa-sisa organik yang ada dirumah untuk dijadikan kompos.

Proses menghasilkan kompos sendiri di rumah bukanlah suatu proses yang rumit. Ia boleh dilaksanakan semudah mengasingkan sisa makanan ke dalam satu bekas yang bertapis untuk dibuang lebihan airnya dan kemudian boleh dicampurkan dengan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang bertaburan di halaman dan dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan dibiarkan selama dua ke tiga minggu. Dalam tempoh tersebut, apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka dan membalik-balikkan sampah tersebut supaya aliran udara dapat masuk dan mempercepatkan proses kompos.Kompos yang terhasil nanti sudah cukup untuk kegunaan sendiri didalam aktiviti pertanian di rumah. Ia lebih bermanfaat kepada tanaman daripada menggunakan baja kimia yang bukan sahaja mahal, bahkan tidak baik untuk kesihatan.

Manakala dalam aktiviti pertanian pula, aktiviti kompos masih lagi dipandang remeh. Dalam ketika banyak pihak baik di peringkat kerajaan dan masyarakat petani sendiri mengeluh berikutan kenaikan baja pertanian yang berasaskan kimia yang berlipat kali ganda mahalnya, masih belum timbul kesedaran bahawa inilah masanya semua pihak memikirkan kaedah lain untuk mengurangkan kos baja pertanian. Masyarakat pertanian di Malaysia masih melihat baja kimia sebagai penyelesaian dalam aktiviti pertanian mereka. Malah, bagi menjayakan projek-projek pertanian itu sendiri, sudah disediakan senarai baja-baja kimia yang perlu disediakan untuk memastikan supaya tanaman yang dihasilkan akan memberikan pulangan hasil yang lumayan. Mungkin kita kurang peka yang setiap sisa pertanian yang dihasilkan boleh diproses semula menjadi kompos dan digunakan semula untuk aktiviti pertanian tersebut.

Kaedah ini telah digunakan secara meluas di pelosok dunia terutama di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah telah menggunakan kompos semenjak awal tahun 1950-an lagi melalui organisasi seperti Institut Rodale, Biocycle dan lain-lain. Kalangan kita masih meletakkan harapan kepada baja kima dan sebagainya sedangkan tanpa kita sedari aktiviti pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada penyebaran gas rumah hijau. Menurut kajian Stern Review pada 2006, bumi hanya mampu menyerap sekitar lima billion tan metrik karbon dioksida setahun sedangkan aktiviti pertanian sahaja menyumbang sebanyak 5.6 billion tan karbon dioksida melalui aktiviti penggunaan input kimia secara berleluasa. Mungkin masyarakat petani tidak ambil peduli tentang hal ini kerana merasakan ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memikirkannya. Mereka menganggap diri mereka selamat dari dilanda bencana alam.

Namun dewasa ini, kesan langsung telah mula dirasai oleh semua pihak tanpa mengambil kira bangsa, status, politik dan ekonomi. Kejadian banjir dikawasan yang tidak pernah berlaku, kemarau yang berpanjangan, penyusutan produktiviti, serangan serangga dan makhluk perosak yang semakin kebal, semua itu merupakan petunjuk bahawa alam sudah tidak mampu menanggung beban pencemaran dan memulangkannya semula kepada umat manusia untuk sama-sama merasakan penderitaannya. Aktiviti kompos boleh dilaksanakan seawal pendidikan sekolah rendah. Banyak negara maju seperti di Amerika dan Eropah telah mewujudkan sistem kompos disekolah dimana sisa-sisa makanan di kantin pelajar dan juga landskap sekolah telah diasingkan dan dikitar semula untuk dijadikan kompos.

Kaedah vermicompost atau penggunaan cacing juga digunakan untuk menghasilkan kompos.Baja kompos yang dihasilkan akan digunakan untuk aktiviti landskap dan projek pertanian di sekolah. Usaha yang dijalankan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat di samping mendidik kesedaran 'hijau' semenjak dari peringkat sekolah lagi. Kempen yang sama juga telah diperkembangkan di peringkat pengajian tinggi dimana usaha-usaha menggalakkan aktiviti kompos telah diperkukuhkan.

Penglibatan pihak pengurusan universiti menyalurkan sisa organik dan landskap di pusat kitar semula yang diwujudkan di dalam kampus untuk menghasilkan kompos telah membuahkan hasil. Kompos juga telah digunakan kembali untuk aktiviti landskap universiti dan ini sekali gus membantu mengurangkan kos pihak universiti untuk membeli baja kimia untuk kegunaan landskap dan taman di universiti.Mahasiswa telah didedahkan dengan kesedaran tersebut yang kemudiannya turun kepada masyarakat melalui aktiviti sukarela dan kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Aktiviti kompos boleh membantu memperkembangkan lagi usaha-usaha mewujudkan jaminan sumber makanan (food security) dalam kalangan masyarakat. Ia dapat dilihat bilamana sumber input pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembelian baja. Tambahan pula aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos lebih 'organik' dan sihat. Inilah antara rahsia kejayaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Cuba semenjak sekian lama dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika namun rakyatnya menjadi semakin sihat dan hidup dengan sejahtera.

Setiap lapisan masyarakat telah menghasilkan kompos sendiri dari sisa makanan dan digunakan untuk aktiviti pertanian bandar (urban farming) di kediaman masing-masing yang mana hasilnya bukan sahaja untuk kegunaan makan sendiri, malahan boleh dijual sebagai pendapatan tambahan. Banyak lagi usaha-usaha yang boleh dijalankan di peringkat kerajaan dan NGO untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya sama-sama mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan kompos. Aktiviti memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat perlu dipergiatkan sebagai permulaan kearah usaha ini.

Melalui kaedah ini , kita masyarakat Malaysia sama-sama membantu mengurangkan jumlah sisa yang masuk ke tapak pembuangan sampah. Dengan itu, jangka hayat tapak pembuangan sampah dapat dipanjangkan dan usaha-usaha membuka tapak pembuangan sampah yang baru dapat dikurangkan. Penyertaan masyarakat melalui penghasilan kompos ini sahaja pun sudah cukup membantu mengurangkan pencemaran alam, pembakaran terbuka dan membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama.

sama-sama fikirkan dan selamat beramal :p


pre treatment: using kitchen waste (fruits skin) to feed the worms

add with shredded paper and cow dung

the worms going to the food

very nice structure and no smell (vermicompost)

my childs....love.love.love

masuk ni dah 3 bulan aku terlibat dalam projek vermicomposting.... iaitu pengkomposan menggunakan cacing... tq to dr hasnah yg introduce job as a research assistant kt aku... beberapa hari sebelum masuk keje, aku sgt risau memikirkan yg aku ni sgt geli ngan cacing..how can i face them... really2 geli lol... first time nak pegang tu mmg cari glove gak la... tu pun mmg geli gila kot... smpai balik tidoq pun dok terasa cacing tu merayap2 atas tangan.. smpai mcm tu sekali.. tp lama2 mcm dah jd biasa..tanpa glove pun aku boleh pegang cacing tu banyak2.. skrg ni rasa syg dan cinta pada cacing2 peliharaan aku tu makin menebal... if ada yg jatuh kt lantai dan mati, sgt rasa pilu dan sedih... suka tgok kehidupan mereka... just eat, jalan-jalan, buat anak... tu je... best kan?? haha... yg penting mereka juga menyumbang sesuatu yg amat berguna di alam ini... najis mereka itulah yg jadi baja yg sgt tinggi nutriennya... air siraman mereka plak pulak bleh jd fertilizer yg sgt baik utk plant promoter... dan cacing-cacing ni biasanya digunakan utk tujuan kosmetik dan juga perubatan di sesetgh negara spt Indonesia dan China... keje aku skrg ni dgn anak-anak aku ni- bagi depa mandi, bagi makan (bkn tiap2 hari la), main-main ngan mereka...haha... i love my job now... very enjoy  lol :D


 ni adalah saat paling lucky buat aku kerana dpt tgok 2 cacing sedang in reproduction project

very love of them

speghatti? noodle?? haha.. just imagine it


first time being blogger

12/11/2011: Rabu: 8.27:
dalam keadaan keboringan yang amat sgt tiba2 terpikir nak create blog... seronok ja tengok blog kwn2... after tengok blog my frenz and my work partner, gan, i pun terus dapat inspirasi nak bukak blog... pening gak arr mula-mula pikir nak letak nama apa la utk blog ni.... pikir punya pikir dpt idea letak nama ni... good.better.best. mcm ok ja kan..hehe... insyaallah dalam blog ini akan memuatkan story2 yg menarik, mungkin juga story yg sedih... haha...tengok la mood sy untuk menulis... d iharap dgn kewujudan blog ini akan dapat mengisi masa lapang sy dan juga memberi info yg berguna....